Sabtu, 7 Mei 2011

cerita kaq anis

kaq anis,,kp dorm e32,,seperti biasa naik dorm kami pada malam itu. selesai bacaan al-mulk,,kaq anis akan mulakan ceritanya..ala-ala bed time story :))

Siti dan Azim pelajar Tingkatan 5 di sebuah SMKA..masing-masing ala malu-malu kucing. menjaga perbatasan, pergaulan agar syaitan tidak mudah mengorak langkah. Selepas habis SPM,, dan dapat result, Siti menerima tawaran belajar di luar negara di sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat. manakala, Azim hanya menyambung pelajaran di sebuah universiti di dalam negara.

Apa yang berlaku pada Siti ialah,, keadaan amat memaksanya sehinggakan pensyarahnya tidk akan membenarkannya meneruskan kuliah dengan bertudung. Keadaan itu amat menekan jiwa Siti. Selepas itu, Siti pun meneruskan kuliah tanpa jilbabnye dan terserlahlah perhiasan dirinya yang selama ini disembunyikan. masa terus berlalu. Minggu berganti,bulan berganti, tahun berganti. Akhirnya, Siti pulang ke Malaysia tanpa mengenakan tudung di kepalanya.

Sehinggalah pada suatu hari, Azim terserempak dengan Siti dan apabila melihat keadaan Siti seperti itu, Azim amat terkejut dan kecewa dengan Siti dan penantiannya selama ini. Selama 5 tahun, Azim menanti kepulangan Siti, menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita dan mengecewakan penantiannya yang diharap baik menjadi sebaliknya.

Lalu, azim mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Siti....

Di sebuah restoran, Azim berjumpa dengan Siti dan Siti menceritakan segala-galanya. Selepas itu, Azim mrngeluarkan dua biji coklat dari dalam poketnya. Sebiji coklat masih elok berbungkus manakala sebiji lagi sudah dibuang bungkusannnya dan dicampak jatuh ke lantai.

Lalu, Azim bertanya kepada Siti, " kalau awak lah,, awak lebih prefer coklat yg di atas meja masih cantik berbungkus atau coklat yang dah tercemar?" Siti sedar akan analogi yang cuba disampaikan oleh Azim. Dengan penuh rasa malu, Siti memilih coklat di atas meja itu.

Tetapi, berbeza bagi Azim.

" Kalau saya diberi peluang, sya akan ambil coklat yang tidak berbungkus di atas lantai itu. Saya akan ambil coklat itu dan saya akan bungkuskannya kembali dengan cantik."

[^^,]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan