Sabtu, 27 Ogos 2011

HE knows EVERYthing.

Allah mengetahui segala yang berlaku walaupun sebutir pasir di dasar lautan bergerak. Walau daun di pinggir rimba jatuh berguguran. Walau batu hitam di tepi jalan bergolek. Walau lumpur terpalit pada batang kayu. Segalanya di bawah kekuasaan Allah.

Sedih untuk diceritakan di sini.

Khamis lalu, di saat semua pelajar KI bergembira untuk pulang ke rumah setelah sebulan di sekolah;

Kami di gemparkan berita dengan seorang pelajar yang sedang nazak di hospital.

Padahal, pagi itu dia sihat menaiki jejantas ulang alik dari aspura ke aspuri untuk program iftar jamaie,terawih dan qiamullail di musolla aspuri.

Seseorang yang saya kira Akh.

Seorang pelajar muslimin tingkatan 5.menerima satu ujian di saat spm lagi 78 hari.

Pendarahan dalam otak.

Tidak pernah mengenalinya dan melihat muka.

Tetpi,. Terasa sedih sangat.

Ujian buat keluarga dan sahabatnya.

Perkembangan terbaru dia sedang menjalani pembedahan yang kedua.

Jika dia selamat pun, berkemungkinan dia lumpuh.

Ya Allah berilah yang mana terbaik buatnya. Aameen~

Pointnya kat sini, kita tak tau apa yang akan jadi pada kita lepas ni.

Kita tak tau apa akan jadi pada keluarga, guru, sahabat kita esok.

Kita tak tahu apa yang akan jadi pada musuh kita atau orang yang kita benci selepas ini.

Jadi, hargailah orang di sekeliling kita.

Berbuat dan bersangka baiklah pada semua orang.

Berhentilah dari membuat perkara yang tidak baik.

Peringatan buat diri sendiri.

Astaghfirullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan