Selasa, 25 Oktober 2011

biasa la tuh?

bismillahirrahmanirrahim.
sbelum tangan mengorak langkah untk membuka
buku chemistry sebentar lagi,

mari.
saya kongsi.
apabila kita sudah biasa menghirup udara jahiliah.

" lahh, biasa laa tu"
" tak payah peduli laa benda2 macam ni memang terjadi"
" proffesional laa. diorang ikut perkembangan masa."
" nanti dia berubah la. belum sampai masa. peduli laa~"

yg ni baru btul:(islam itu syumul dan sesuai dgn pkmbangan masa.cuma, kita jgn memudah kan islam)

pernah ? anda mengeluarkan kata2 seakan2 di atas atau anda mendengar
kata di atas keluar dari insan2 sekeliling.

haa . itu lah akibat kerana terlalu biasa,
menghirup udara jahiliyyah--------

kita lihat maksiat.
kita lihat orang mencuri
kita lihat insan sekeliling kita bergaduh
kita lihat pendedahan aurat yang ekstrem
kita dengar kes buang anak
kes pelajar sekolah dating
kita lihat maksiat sana sini.

kenapa kita tdk ambil iktibar?
adakah kita fikir itu sesuatu yg biasa.
ya,,akibat hilangnya sensitiviti.

selemah2 iman ialah cegah dengan hati.
tapi kita?
melihat kemungkaran juga kita kata biasa
dan tdk ada rasa sensitif
WALAUPUN DALAM HATI
inilah akibat kerana udara jahiliyya sudah memenuhi ruang hidup.

senyum. (^_^)
saya tdk brmaksud emosi di sini.
sekali lagi senyum. :)

cuba kita perlukan timbul sedikit sensitiviti dalam hati
lalu mendoakan mereka dan diri agar dijauhkan.
sedikit2 lama 2 jadi bukit kan?

kita berada pada zaman fitnah.
banyak kemungkaran berlaku.
kita mata-mata rantai perjuangan nabi,
kita jugak sbhgn dari anak2 panah Islam.
jadi,
mari kita jadi mata rantai dan anak panah yang cantik
bukannya yang sudah berkarat,yang
hanya tunggu dibuang orang dan
hanya tunggu diri sendiri rapuh lalu musnah .

tertarik dgn kata2 seorang sahabat,
Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah org yg paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yg tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.Hakikatnya,dia menegurmu utk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu utk dirinya turut berjaga2. Dan dia bertegas dalam hal2 agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.

Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama2 .

manusia diciptakan untuk saling melengkapi.
untuk saling menasihati.
dan untuk saling berpimpin tangan menuju syurgaNYA
jadi,
JOM~
kita mulakan dari insan di sebelah kita.
boleh?
senyum. (^^,)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan