Senyuman.
Mampu menggugat jiwaMengaburi mata
Merawat hati
Mengingati DIA
Memberi sinar
Membina jambatan
Mengimbang kimia
Meruntun hati
Mentarbiyyah atma
Mengikat roh
Menyembuh penyakit.
Jom senyum.
Walau seribu masalah menghempap.
Walau segunung amanah di bahu
Walau sekabur mana jiwa terhimpit
Walau dibelenggu seinfiniti kesedihan.
Jom, senyum pada orang lain.
Walau bentuk C terbalik pada wajahnya.
Jangan hiraukan.
Ingat, kamu senyum pada dia bukan mengharap balik senyumannya
Tetapi kerana dia saudaramu !
Kepada engkau yang diberikan senyuman ,
Ayuh . jangan hampakan dia yang tersenyum .
Kerana,
Saya tahu akan rasanya .
Apabila senyuman dihadiahkan buat sahabat,,
Masih tiada seri di wajahnya.
Namun, keredhaan Allah kembali memujuk
Agar saya tidak pernah henti tersenyum
Saya pernah.
Merasakan itu.
Jom senyum ( ^^,)
p/s : tetapi saya kira kamu cukup matang dan bijak menilai yang mana satu senyuman yang patut dan tidak patut :]
(bersama farah ruzanna ke popular tempoh hari. saya mencari ini. mungkin belum ada peluang lagi menerokainya !)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan