
Bismillahirrahmanirrahim.
Lagi beberapa hari lagi saya akan kembali.
Kembali memakai baju sekolah.
Memegang buku rujukan.
Duduk di meja di kelas.
Mendengar tazkirah di musolla al muqarrabin
melihat kesesakan Bandar Klang.
Tetapi kali ini berbeza.
Saya hadir bukan sebagai seorang pelajar tingkatan 4.
Yang sentiasa merindui sekolah lama.
Saya kini hadir sebagai seorang form 5.
Senior mungkin? Sebagai budak kolej? Ahha.
Tak,tak. Kami masih ada akak-akak yang bakal lead kami.
Akak akak tingkatan 6 J
Saya juga hadir sebagai salah seorang penyambung tarbiah.
Ohh, tadi. Pesanan dari akak usrah kesayangan, kak rasyidah <3
“ jaga adik-adik form4 baik2”
Ye, setiap tahun, mmg kehadiran form 4 dirisaui.
Bukan kerana apa.
hanya ingin memastikan mereka penyambung tarbiahh di kisas.
Kami juga, form 5 memain peranan.
Mata-mata rantai perjuangan Rasulullah.
Tahun depan tekad, saya ingin mencari mutiara itu.
Mutiara yang sering diwar-warkan akak-akak.
Tetapi, kini akan berubah.
Kami pula akan menyampaikan kata-kata itu buat adik.
“ adik, kutip mutiara yang ada dekatbumi waqafan ini sebanyak-banyaknya”
Saya mengaku.
Masih belum jumpa.
Tetapi sinarnya saya lihat.
Terasa ingin sekali menyimpan satu mutiara yang bersinar kilaunya.
Walaupun satu. Sebelum kaki melangkah keluar.
Tahun depan, SPM,
Kelas baru. Dorm baru. Rumah lama *hehh.
Sebulan masa yang ada untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara Generasi 57.
Agar kemanisannye juga terpercik buat Generasi 58.
Perasaan bercampur baur.
Suka atau tidak kembali ke sekolah?
Dah. Dah. Sendiri jawab la ye~
*selamat kembali ke dunia cadar kuning :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan