Kita jangan tunggu hikmah tapi kita yang kena cari hikmah.
Buat sahabat-sahabat yang akan ke DQ, UPM, UTP,, selamat pergi dan terbang.
Ohh, kenapa terbang? Dalam Negara je lahh. Tak. Biasa kan gelar diri anda itu helang agar anda sedar yang anda pernah jadi pipit suatu masa dahulu. Kini, anda Allah pilih. Dan tiba masa helang-helang yang itu terbang ke merata tempat. Terbanglahh dulu, kami menyusul kemudian. Anda Allah pilih :D
![]() |
| credit : kpada yg buat.sape ye? hehh |
Again, kita jangan tunggu hikmah tapi kita kena cari hikmah.
Decided. Moga ini keputusan terbaik. Selamat tinggal Nirwana college. Kalau betul kita ada jodoh, awak propose saya lagi ye lepas result SPM keluar nanti.
Oh ye, yang dapat propose dari kolej tu qystina, arfa dan ayaa.(dah.jangan kata
Kepada yang betul-betul sangat-sangat mengharap untuk dapat kolej tu,, tapi tak dapat,,saya minta maaf. (Awalnya pun memang berharap gile dapat sebab pathway dia dah molek dah tu) ….Saya dapat tapi saya tolak. Ni kira tutup peluang orang lain lah kan?
Maaf.
Mula-mula dapat tahu arfa,ayaa dan qyst dapat, rasa cemburu dan bertuahnya mereka. Doa selalu supaya dapat rezeki kat situ juga. Alhamdulillah dapat. Tapi, kenapa tolak? Ohho. Sebab, Jodoh dengan nirwana bukan bermula pada 5januari ni.
Jadinya, memang kena pergilah PLKN. Tak boleh nak lari. Hehuu~
Ohh lupa. Buat 73 sahabat-sahabat yang akan ke PLKN juga, berterbanganlah kalian ke seluruh Malaysia. Jadilah mutiara yang bersinar selepas 2 tahun diperam di sana.
Bila fikir balik, bayangkan daripada 319 orang, 73 yang Allah pilih untuk terbang ke PLKN.
Maka. Sekali lagi,
kita jangan tunggu hikmah tapi kita kena cari hikmah.
PLKN, here I come. Nirwana College dan Nightingale colllege...tata~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan