Jumaat, 10 Mei 2013

Kem Kecergasan , Excel Training Resort

pintu masuk dan sangattt bahagia setelah berjalan 8KM, jumpa jugak ini.

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni 10/5/2013. So genap sebulan tak update blog. Hehh.
I’ve learned that goodbye will always hurt. Pictures never replace, memories good or bad will bring tears.
Pengalaman mengajar kita menjadi lebih matang.
Experience is the best teacher.
Seorang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangnya.
Perjalanan adalah pengalamanku.
Pengalaman tidak dapat kita cipta tapi dapat kita raih.

Ohh ye, pengalaman 2hari 1 malam ketika Kem Ujian Kecergasan. Betapa peritnya bila perlu membuat pilihan sama ada kem itu atau graduasi kisas. Dengan berbekalkan akal dan hati, ya. Muktamad. Bye bye Graduasi. Dan sungguh, sakit ketika keputusan  dibuat. Ohhoi, mana tak nya, baju dah prepare, planning macam-macam, nak tangkap gambar dengan dia, dia, dia, akak-akak, cikgu-cikgu,dan adik-adik dan paling penting menjejakkan kaki di bumi KI bersama-sama batch 57.

27 April 2013 hingga 28 April 2013.
Berkumpul  di PDI, Seremban. Tempat kem itu ‘dirahsiakan’ dan kemi peserta-peserta kem dah bayang macam macam yang pelik dan menyeksakan yang akan kami kena sepanjang dua hari -,-‘
Kami bergerak ke tempat yang ‘dirahsiakan’ itu pada jam 9 pagi dengan menaiki bas. Terdapat dua bas. 1 bas untuk muslimin dan 1 lagi muslimat. Alhamdulillah sampai pada jam 10 pagi *kot. Tak ingat.heh*
Kami sampai di kawasan yang berbukit-bukit. Sejuk, nyaman dan segar dan dikehendaki bergerak ke tempat kursus dengan berjalan kaki sejauh 8KM *menurut kata pihak pengurusan. Setelah lebih  setengah jam berjalan, sampailah  kami di Excel Training Resort, Lenggeng yang terletak di sempadan Seremban-Kajang. Oh ye, ni tempat latihan Dr. Fadzilah Kamsah. Udara sekeliling amaaaaaat segar. Wahh Wahh.


Antara aktivi-aktiviti:

1) Ice Breaking : Kami dibriefing, akan ada 'something' digantung pada leher kami. cara fesi briefing macam ada binatang yang geli geli die letak kat leher. Rupanya hanyalah sepit baju T_T seriusly, dah seram sejuk bayang kan binatang bergerak2 kat belakang. Mind set itu penting :)

2) Pembahagian Kump : alhamdulillah dapat kumpulan seramai 10 orang,, 6lelaki dan 4 perempuan. yg ok2 semuanya. paling muda 18 tahun. ada 19 tahun dan ada 21 tahun.tambahan ade dua orang hafiz 21tahun dalam group tuu.Group kami nama Mangga Jumbo. sebab die kena nama buah.. tapi sering dibahan dengan nama Pad Lock. Haha, naseb tapi itulah yang menceriakan keadaan. dan kami berjaya dapat markah tertinggi 950

3) Perang Lilin : total peserta 76 orang dibahagi kpd dua, iaitu pertahanan dan penyerang. aku dipihak penyerang bawah pimpinan Sarjan Faiz dan pertahanan bawah pimpinan Sarjan Abul. Seronok main perang perang ,,lawan lawan sekali,  pakk. terpelosok dlm lumpur dan baju pulak bawak kat kem tak banyak. ohhoi. -.-'

4) Si Buta : kami perlu menutup mata dan berjalan di sekeliling tapak kursus. mengajar kami macam mana rasa apabila nikmat mata ditarik dan menilai sesuatu menggunakan mata hati.

5) Cari nama : seramai 10 orang ahli kumpulan perlu ikat kaki secara melintang dan mengembara di kawasan sekeliling mencari konyokan kertas yang ada nama ahli group masing2. boleh bayangkan tak betapa penat dan sukar nak mencari dalam keadaan kaki berikat.alhamdulillah group Pad Lock berjaya mendapat group kedua terpantas dan 2500 milik kami.

6) larian explorace : explorace laa sangat -,- rasa macam rentas desa pun ada. kena lari 4KM kot dalam masa 15 minit. fuhh fuh. tapi best sebab lama gila dah tak lari. eheh.  Group Pad Lock berjaya tapi masa on the way balik tu, kami jalan kaki je lah.last2 hujan di pertengahan jalan. nak cari tmpt berteduh mmg xde laa. sekeliling alam sekitar je. campsite pulak jauhh lagi. memang basah dan baju pulakk dah tade spair -.-'

7) Menara Paip : aktiviti ni pernah buat tyme kat KESUMA thn lepas. tengok je batang paip, dah terus senyum senyum dekat Zue. Oh ye, Zue ni PKR Biru Smap Kajang. die pun group Pad Lock. so, Zue pun pernah pergi KESUMA so, kitorang tau lah solusi aktiviti tu. Aktiviti ni susah kalau takde komunikasi berkesan.

8) Persembahan Kump: Group kami dapat task dikir barat. so, kitorang ubah dikir barat jenis loghat negeri sembilan. hehh.

Overall kem ni best. udara bukit yang nyaman di waktu siang,, malam lagi laa sejuk.lebih-lebih lagi bilik tidur dia air-cond pulak. memang kejang lahh kaki. Oh ye, bilik macam dorm 16 orang dalam tu dan ada dua bilik air dalam bilik..malam tu,, air takde sebab kawasan bukit kan,,faham2 je laa. tapi,,takpe,,dah biasa dah..hehh ^^ coverage line pun tak ada sangat. nasib baik celcom ada la satu, dua bar tu. itupun dah dihujani dengan mesej dan call dari sahabat2 57, yang tanya kenapa x dtang grad. Sedihhh . tapi, takpelah. korbankan grad,, dapat jugak pengalaman kem ni dan tambah raaamai kawan. :D

Ada kolam renang kat sini. tapi, kami tak dibenarkan berkubang. tengok je dari jauh.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan