Sabtu, 18 September 2010

adab memberi nasihat (".)

1)MELURUSKAN NIAT.supaya tidak ada yang rasa disakiti. ikhlas menasihati saudara semuslim,semata-mata kerana Allah. seharusnya, seseorang yang hendak memberi nasihat haruslah bersihkan niat dahulu. janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kita yang benar. tetapi, untuk mengajaknya ke jalan yang benar.

2)MENJAGA UKHUWAH.diusahakan supaya menasihati orang lain dengan tidak diketahui orang ramai. ulama' ada berkata,"sesiapa yang menasihati orang lain dan hanya ada mereka berdua,maka itulah nasihat yang baik. sesiapa yang menasihati di depan orang ramai, maka yang demikian dia telah mncela orang yang dinasihatinya.

3)BERSIH HATI semasa menasihati. gunakan bahasa yang halus dan menegur untuk perkara2 yang salah. kadang2 kita menggunakan bahasa yang teruk dalam meluahkan nasihat kita.

4)MEMIKIRKAN CARA TERBAIK untuk menasihati. seboleh2nya kenal dahulu dengan saudara yang kita ingin nasihati. nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka kerana di situ lah kita tahu apa punca mereka begitu.

5)MEMBERI WAKTU DAN KESEMPATAN kepada saudara yang dinasihati untuk berubah kesalahan yg dilakukannya. manusia perlukan masa untuk berubah. jadilah orang yang sabar, sentiasa mngharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yg telah ditentukan Allah untk menguji kesanaran.


(dipetik dari akhbar iluvislam)


p/s : a piece of reminder for all,and esp,FOR ME~ yang dah lepas biarkan lah lepas. just make a new step :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan