Ahad, 29 Mei 2011

ASHABUL UKHDUD

bismillahirrahmanirrahim

ASHABUL UKHDUD,,KISAH DAKWAH 1 DUNIA~ (Surah Al-Buruj:4)

(RIWAYAT IMAM MUSLIM)

Pada zaman sebelum ini, ada seorang ahli sihir yang sudah tua, lalu dia memberitahu kepada raja bahawa dia memerlukan seseorang untuk dia wariskan ilmu sihirnya itu. Raja pun member seorang Ghulam kepada ahli sihir itu. Ketika Ghulam dalam perjalanan ke rumah ahli sihir itu, dia terserempak dengan seorang rahib dan dia belajar dengan rahib itu. Rahim berpesan agar Ghulam merahsiakan tentang hal dirinya kepada sesiapa. Sehinggalah suatu hari, ahli sihir menyedari Ghulam selalu lambat dating ke rumahnya.

Lalu dia menanyakan al itu kepada Ghulam dan Ghulam memberitahu hal sebenar. Ahli sihir amat marah lalu dia memukul dan melarang Ghulam untuk berjumpa dengan rahib tersebut. Ghulam menceritakan hal itu kepada rahib lalu rahib menyuruh Ghulam agar berhelah setiap kali dia dating lewat ke rumah ahli sihir itu. Begitulah, Ghulam akan belajar dengan rahib sebelum ke rumah ahli sihir.

Sehinggalah suatu hari, Ghulam terjumpa seekor binatang yang besar yang menghaang perjalanan orang lain. Lalu dia mengambil seketul batu dan berdoa, “ Ya Allah, sekiranya urusan rahib itu benar, maka bunuhlah binatang ini.” Dengan kuasa Allah, binatang itu terbunuh. Lalu Ghulam menceritakan kepada rahib. Rahib sedar bahawa Ghulam sudah menuntut ilmu yang cukup daripadanya sehinggakan Ghulam boleh menyembuhkan penyakit buta, sopak dan lain2.

Suatu hari,pegawai raja kot (hehe,sori tak ingat) yang ada penyakit buta telah disembuhkan Ghulam. Raja amat terkejut dan menanyakan hal itu kepada pegawainya. Lalu, raja berjumpa dengan Ghulam dan bertanya akan kehebatannya itu. Ghulam menjawab, “ bukan aku yang sembuhkan, tetapi Allah tuhanku dan tuhanmu” Raja pun menjadi amat marah kerana dia menganggap dirinya tuhan selama ini. Lalu raja membunuh rahib dan pegawainya yang tadi telah beriman dengan Allah dalam keadaan yang amat zalim dibunuhnya.

Raja berkata kepada Ghulam, “kau tingaalkan tuhan mu dan sembahlah aku, jika tidak nasibmu akan seperti mereka berdua.” Ghulam tetap dengan pendiriannya dan akhirnya Ghulam diarahkan dibawa ke atas bukit untuk dibunuh.( hehe,sekali lagi maaf.tak ingat macam mana cara Ghulam dibunuh). Ghulam masih berdoa dengan Allah dan akhirnya Ghulam tidak mati. Raja berasa tidak puas hati lalu dibawa Ghulam ke dasar laut dan Ghulam berdoa lagi dan akhirnya dia selamat. Raja berasa amat marah.

Ghulam berkata kepada raja sekiranya raja hendak membunuhnya, raja perlu ikut cara-cara yang dia akan tetapkan. Raja perlu kumpulkan orang ramai lalu ikat nya di pokok dan salib Ghulam di hadapan orang ramai. Akhirnya Ghulam terbunuh. Raja berasa amat gembira. Tetapi, rakyat yang melihat akan peristiwa itu, mereka ramai2 berkata kami beriman kepada tuhan Ghulam. Raja pun apalagi, marah la kan. Dia bunuh Ghulam, malah lebih ramai yang beriman kepada Allah.

Lalu, raja mengarahkan orangnya menggali parit yang ada api di salamnya dan berkata sesipa yang masih beriman dengan tuhan Ghulam akan masuk ke dalam parit itu. Ramai yang terjunke dalam parit itu termasuklah seorang wanita yang sedang mengendong anaknya dan teragak2 sama ada hendak terjun atau tidak. Lalu, ajaibnya bayi itu berkata2 dan menyuruh ibunya terjun. Jadi, syahidlah bayi tersebut dengan ibunya.

P/s : btul taka pa yang diceritakan ini.yang salah tolong betulkn. hehe ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan