Rabu, 1 Jun 2011

jangan bohong tau. saya pn tgh cuba :)

JANGAN BERBOHONG

“ Wahai Rasulullah sampaikanlah apa yang diutuskan kepadamu”

Siapa tak pernah berbohong? Wahh. Thumbs up. Saya pun pernah ^^,

Mengapa kita berbohong?

….Kerana nak selamatkan diri…..

- “ Sesungguhnya 4 perkara yang ada pada munafik tulen ialah :

@ apabila diberi amanah dia khianat

@ apabila berjanji dia mungkiri

@ apabila bertangkar, dia melampaui batas

@ apabila bercakap, dia berbohong

- Dan seseorang yang bersifat SALAH SATU dari sifat itu maka terdapat padanya sifat munafik sehingga dia meninggalkannya”

- Bagi tiap2 orang yang khianat akan dipancangkan pada khianatnya pada hari akhirat kelak.

- TIADA istilah BOHONG SUNAT..tetapi BERHELAH jika keadaan tertentu

- ada orang yang tidak bersalah hendak dibunuh, kita tidak digalakkan membohong tetapi melakukan HELAH

- CoNTOH : Rasulullah SAW pernah melihat seseorang yang hendak dibunuh lari di hadapannya. Lalu, RasulullahSAW berganjak setapak .Tiba2 datang lah si pembunuh itu, menanyakan Rasulullah SAW sama ada baginda lihat tak ada orang berlari tadi?Rasulullah berkata, “semenjak aku berdiri di sini, aku tidak melihat sesiapa pun berlari.”

- Haa,, Nampak tak muslihat yang nabi buat untuk menyelamatkan mereka yang tidak bersalah? Sudah jelas yang nabi sedikit pun tidak berbohong. Tetapi sesape yang baca cerita di atas tanpa faham2 btul2,, mungkin anda akan lihat nabi berbohong di situ. Tapi, sebenarnya tidak. Haaa, cuba baca balik :DD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan